Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama betul tak update blog ni. Namun, kali ni nak share pengalaman bersalin czer semasa PKP 2.0 di Hospital Taiping pada 02.02.2021.
01.01.2021
Decide balik kampung awal sebab nak bersalin di Taiping. Memandangkan waktu ni masih PKPP di Selangor..makanya tiada masalah untuk rentas negeri. Namun, kes baharu semakin meningkat dan tidak nampak penurunan kes akan berlaku. Cuti rehat yang ada digunakan bagi cover cuti sebelum dapat tarikh czer dari doc di Hospital Taiping.
04.01.2021
Temujanji dengan doctor O&G Hospital Taiping. Setelah selesai saringan covid19 di klinik O&G baru dapat nombor giliran. Timbang berat, test urin, jumpa doctor dan scan. Ibu dan anak tiada masalah dan disebabkan dah 2 prevoius scar, kali ke3 memang akan elective czer. Dapat tarikh 26.01.2021 untuk cucuk dexa, 01.02.2021 tarikh untuk masuk wad dan 02.02.2021 untuk elective czer. Redha....
26.01.2021
Pergi ke klinik kesihatan semanggol untuk check up dan cucuk dexa. Sakitny boleh tahan juga lahhh 😂😂
Semasa masih di klinik, dapat panggilan daripada klinik O&G Hospital Taiping untuk ke hospital pada 29.01.2021 bagi swab test covid19. Redha lagi...demi mu anak...
29.01.2021
Pagi-pagi sudah sampai depan klinik O&G kononnya nak cepat-cepat selesai...tapi rupany swab test covid19 akan dibuat oleh doctor sekali arung semua ibu2. Hampir 12.30 tengahari baru selesai sebab ada yang datang lambat. Dapat info, suami boleh azan/iqamat kan baby jika tiada masalah apa2. Alhamdulilliah 1 part. Tapi pelawat tidak dibenarkan masuk sepanjang masa di wad. Urusan perlu dibuat dengan guard shaja. Redha lagi....
01.02.2021
Check in wad A wing, buat masa ni..tiada kelas 1@2 di wad bersalin. Semua bilik kelas 1 dan 2 telah dijadikan sebagai labour room dan labour room yang sedia ada tengah renovate. Redhoooo
***Dapat katil no 17, setelah kuar bilik ot dapat katil no 3, dan setelah boleh berjalan ke toilet dapat katil no 27. 😂😂😂
02.02.2021 (38w 4d)
Dup dap dup dap...menunggu giliran ke bilik OT. Nurse maklumkan kes sy adalah yang ke 4. Jadi kena tunggu turn dan dengan harapan tiada kes emergency,kalo x,lagi lambat...kena redho lagi...
Mula bpuasa dr jam 2.00 pagi...namun smpi tengahari belum sampai turn. On drip kol 12.00 tgahari. Sebelum drip perut da berbunyi-bunyi lapar dan dahaga...da drip rasa lega badan...sambung tidur sampai azan zohor.
Dalam pukul 3.30 petang, datang sorang sister suruh bersiap-siap. Siap pi mana??? Ahahaha blur plak tiba-tiba masa tu sebab dia datang tak bawa apa-apa. 😂😂😂
Masuk toilet, tukar uniform...ditolak guna wheelchair ja oleh sister tu...sampai kaunter depan, waris dipanggil. Perjumpaan sebelum masuk bilik ot. Incik suami plak tak muncul-muncul...tanpa menunggu lama,sister tolak sampai depan ambulance. Nak pi bilik OT kena naik ambulance sebab bilik OT kat bangunan lain. Dalam hati, semoga incik suami ampunkan dosa2 bini dia ni....tak sempat jumpa sebelum masuk bilik OT. 😂ðŸ˜ðŸ˜‚ðŸ˜
Sampai bilik OT dalam pukul 4.00pm. cucuk bius bagai, kaki da kebas...doctor2 pun zassss 4.15pm baby keluar. Alhamdulillah baby siap uk uk kat sister yang sambut...pastu turn ibu plak...pukul 5.30 pm kuar bilik OT.
Baring selama 6 jam dan baru boleh buka puasa...alhamdulillah..baby pn ada diwad semasa sampai.
03.02.2021
Tiub kencing telah dibuka dan kena bangun pi bilik air sendiri.
04.02.2021
Plaster luka dibuka oleh doctor. Luka luar ok.
Masa rondaan para doktor, dmaklumkan hari ketiga baru boleh discharge jika ibu dan anak tiada masalah. Tapi hati ni rasa nk kuar wad sangat2. Risik-risik kat nurse...macam ada peluang discharge awal jika da cukup 48jam di wad selepas operate. Atas bantuan sister ni, sy beranikan diri ke depan wad untuk minta discharge pada lewat petang 4.2.2021 dan doktor pakar benarkan sebab da lebih 48jam di wad. Yahoo!! Terus kol incik suami untuk datang semula ke hospital dan uruskan proses discharge.
Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan...
Semoga yang membaca dapat info yang diperlukan. Doakan Ajdaa sihat sentiasa dan menjadi anak solehah serta ibuny cepat sembuh... aaminnnnnn
Comments
Post a Comment