Assalamualaikum dan salam sejahtera, Lama betul tak update blog ni. Namun, kali ni nak share pengalaman bersalin czer semasa PKP 2.0 di Hospital Taiping pada 02.02.2021. 01.01.2021 Decide balik kampung awal sebab nak bersalin di Taiping. Memandangkan waktu ni masih PKPP di Selangor..makanya tiada masalah untuk rentas negeri. Namun, kes baharu semakin meningkat dan tidak nampak penurunan kes akan berlaku. Cuti rehat yang ada digunakan bagi cover cuti sebelum dapat tarikh czer dari doc di Hospital Taiping. 04.01.2021 Temujanji dengan doctor O&G Hospital Taiping. Setelah selesai saringan covid19 di klinik O&G baru dapat nombor giliran. Timbang berat, test urin, jumpa doctor dan scan. Ibu dan anak tiada masalah dan disebabkan dah 2 prevoius scar, kali ke3 memang akan elective czer. Dapat tarikh 26.01.2021 untuk cucuk dexa, 01.02.2021 tarikh untuk masuk wad dan 02.02.2021 untuk elective czer. Redha.... 26.01.2021 Pergi ke klinik kesihatan semanggol untuk check up dan cucuk dexa. Sa