Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

puding roti karamel

Assalamualaikum... Da byk kali buat...tp resepi ni yg paling simple. Dengan baki roti yg da nak expired,kita transform jadi puding roti. Resipi ni di ambil dari blog kak Azie Kitchen. Jujur dari saya...yg resepinya selalu x menghampakan. Sila klik  SINI  untuk blogny dan resepi. Puding Roti Karamel Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 3 sb gula pasir 1 sb air panas Cara cara: Masak gula di dalam kuali sehingga perang.  Masukkan air dan kacau sehingga gula larut.  Tuang ke dalam loyang dan ketepikan. Bahan bahan Puding: 4 keping roti gardenia – carik carik 1 cawan air suam 1 cawan susu cair ½ cawan susu pekat 3 biji telur – pukul sedikit 1 sk esen vanilla Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam.  Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi. Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus  selama selama 20-30 minit. Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.