Pengenalan Sistem Pengoperasian berfungsi sebagai penghubung diantara pengguna dan sistem. Setiap sistem pengoperasian mempunyai kelebihan yang tersendiri, bagi memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai. Sistem pengoperasian sentiasa dipertingkatkan kebolehupayaannya dan kebolehpercayaan pengguna kepada sistem pengoperasian. Persekitaran Windows Windows merupakan antara sistem pengoperasian yang mudah dan sering digunakan. Kebolehupayaan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Boleh membuka sebarang perisian aplikasi dengan pantas. Mampu menyokong perkakasan dan perisian tambahan yang lain. Antara sistem pengoperasian yang digunakan ialah Windows 3.1, Windows NT, Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows XP, Windows 7, Windows 8, Linux dan juga Unix.